Pages

Monday, December 28, 2009

KISAH PEMBOHONGAN SEORANG IBU.....

Ibuku seorang pembohong Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya . Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.. Saya sedih melihat ibu seperti itu... Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur.. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA. Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT. Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu.. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA. Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM. Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH. Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu... (citer nie dihantar oleh member aku,melalui email..thank u beb...sedih bila aku bace......tetibe aku teringat kat mak aku..sht ke dia??mak,maya rindu n maya sayang sangat kat mak......makkkkkkkkkkkkkkk......) BONDA,i love you.. terima kasih atas segalanya....

SUAMI YG SETIA..........

Sungguh setia. Terharunya... > Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana > kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus > menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan > orang, malah terus satu baldi. > > Para hadirin merasakan tindak tanduk itu membayangkan betapa kasihnya > suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata melihat senario > ini romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada kalangan para hadirin > yang berbisik di hati masing-masing betapa bernasib baik arwah mendapat > suami yang bergitu setia dengan kasih sayang yang sedemikian solid. > > Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula minimbulkan > tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam si suami itu masih > menyiram air di pusara arwah isterinya, bukannya secerek malah masih > sebaldi serta ditaburkan baja. Kadang-kadang mereka mendapati beliau > membawa kanta sambil meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat > kajian di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka telah > melihat beliau memasang sprinkler di atas tanah perkuburan tersebut. > > Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada yang > membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati kerana bimbang > takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran kerinduan yang > teramat sangat. > > Apabila ditanya, si suami menjawab : > "Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin > lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa > siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!" HEHHEHHE...NAKAL TOL SANG SUAMI NIE.. hubby,pun cam nie ke nanti??huuuuu........ ape pun ilove u so much hubby....muahhh..muahhh..muahhh...hehehhe..

RENUNG2 KAN LAH...

PESANAN Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini? Murid 1: Orang tua Murid 2: Guru Murid 3: Teman Murid 4: Kaum kerabat Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? Murid 1: Negeri Cina Murid 2: Bulan Murid 3: Matahari Murid 4: Bintang-bintang Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ? Murid 1: Gunung Murid 2: Matahari Murid 3: Bumi Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. IMAM GHAZALI: Apa yang paling berat didunia? Murid 1: Baja Murid 2: Besi Murid 3: Gajah Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ).. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ? Murid 1: Kapas Murid 2: Angin Murid 3: Debu Murid 4: Daun-daun Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

KISAH IBU YG BERDENDAM NGAN MENANTU

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas... Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ .tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. รข€˜ Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana. Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman.. Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka. Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman. Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ....... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka...... Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. .... Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup. Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya. Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya. Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali. ............ ......... .... Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk riaksi ibu mertua

Sunday, December 27, 2009

MENUSUK KALBU

tetibe aku teringat lak cite korea yg aku rasa paling best sekali la..my girl..memula terjobok tgk cite korea nie masa thn 2005 kot.masa tuh cite full house kat 8tv klu x silap ar....tgk cite tuh pun emo gak..almaklum la masa tuh aku ngah hangat bercinta ngan hubby.tido x lena,makan x kenyang,mandi pun x basah......memang tangkap cintan habis la....hehhehe..... Berbalik kepada tajuk asal kita tadi..banyak gak citer korea aku layan..my sassy girl,Sassy Girl- Chun-hyang,my lovely sam soon,love in paris n sbgnya...tapi yg meninggalkan kesan mendalam cite my girl la.. Tgk banyak kali pun x boring n sentiasa emo..tiap kali tengok cite tuh mesti tangkap nangeh la...berjurai2 jer air mata nie kuar..huhuhuuhuuuu.... apa2 pun my girl memang best gilerrrrrrrrr...........

HALWA MATA....yummy...

tenang jer bila tgk gambar nie..... nie antara pic2 yg aku suke tengok...rasa cam menarik hati lux.. cintakan alam semula jadi..nyaman lor...

Saturday, December 26, 2009

TELUK SENANGIN

Dah berabad x g mandi kat pantai2 dimalaysia nie..Kakak dok ajak pun aku x bawa.Kalau kat kl tuh nk g bawa kat ner lak.x kan kat pantai dlm kot.kat sana nama jer pantai..tapi bukan ada laut pun..huhuhuhuh....Nak g P.D aku x berapa berkenan sangat kat pantai sana..So dah alang2 lik kg nie..Bawa la anak2 g kat teluk senangin jer.. Tmpt tuh x berapa x glamer sgt la kot..Cox x berapa ramai org kat sana..tuh yg best tuh..leh wat macam2 kuak kat situ..hehhehheh...Kebetulan masa tuh air surut..ombak pun x byk..x de la risau sangat bila kakak,adik n ikhwan main dipersisir pantai...Suasana pun x panas sangat..yang sedang2 saja.yg penting dia setia..aku cinta dia mak..(ops..terlebih sudah,leh lak layan dangdut)walau pun suasana redup,tapi yg menyedihkan kulit aku naik rentung dibuatnya...huarghhhh....tensen jer.... jom layan..... dok melayan icha main pasir..aku pun terjebak jap..hehhehe... nie ngah dok mencari ikan n ketam..hasil tangkapan nelayan....banyak la gak...lepas la sesuap nasi..huhuhuhu... kakak suka sik main pasir??hehhehe..

JUNGLE TRACKING BUKIT ENGKU BUSU

Hari nie plan nk g panjat Bukit Busu,Lumut.So,sebelum subuh dah bgn.Almaklum la tempat yg nk didaki tuh agak jauh dr rumah.Ada la kira2 sejam cam tuh...Nie la 1st time aku nk mendaki bukit..huhuhuhu.... BUKIT ENGKU BUSU DGN KETINGGIAN 331.4METER(1087KAKI) pose sblm mendaki...huhuhu..... sempat lg tuh...loteh tol mendaki bukit nie..cam no la nk daki gunung kinabalu nie erk???? hubby n abah.... akhirnya smp gak ke puncak..tuh pun ntah bape kali benti... Pendakian mengambil masa 1jam lebih la..cox banyak kali benti..Tapi aku risau tgk abah masa setengah perjalanan tuh..naik pucat muka dia...nasib x da ape2.. Bagi aku lak,menda nie memang meletihkan....huhuhuhu...... kalau ada member2 ajak g panjat bukit ke gunung ke...erm...akan aku fikirkan...loteh..loteh..loteh.....

CUTI2 MALAYSIA.....

Erm...jap jer dah hujung tahun...x terasa masa berlalu...huhuuhu.. 10hari lik kg terasa kejap jer..x puas rasanya.. banyak gak aktiviti2 yg dibuat kat kg..Almaklumla bukan selalu dapat lik kg nie.. so korang layan la pic nie.... nie masa kat Kg.Sg.Labu Atas Parit Buntar.Umah tok su..sempat la menangguk di air yg keruh.hehhehe.... dan hasilnya...ikan puyu kocik jo..hahhahaha..... hok nie lumayan....belut...leh wat laksa nie...hehhehe.. ngah tengok hasil tangkapan...tapi hampa...sik ada ikan kat parit tok...huhhh... walaupun muka penuh ngn lumpoq...muka tetap maintain..huhuhu...encem x kawan2??? hehhehhe..... setelah penat membanting tulang,meh berehat dulu sambil minum teh o suam2 kuku..dgn ditiup angin sepoi2 bahasa...hilang stress jap... tengok kerenah anak2 yg seringkali mencuit hati..alaklumla,bebudak nk membesar..cam2 ragam n perangai..kengkadang ada gak yg menguji kesabaran aku..tapi.... kena la sabar...sabarkan separuh daripada iman.. intan payung......i love you sayang...