 BONDA,i love you..
terima kasih atas segalanya....
BONDA,i love you..
terima kasih atas segalanya....
Monday, December 28, 2009
KISAH PEMBOHONGAN SEORANG IBU.....
Ibuku seorang pembohong 
  
 Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya
 memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8
 kali ibu membohongi saya . Saya perlu catatkan segala pembohongan itu
 untuk dijadikan renungan anda sekalian. 
 
  
 Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang
 anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan.
 Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa
 makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. 
 Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis
 mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan,
 ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan
 nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." -
 PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA. 
 
  
 Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya
 untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari
 ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk
 membesarkan kami adik-beradik. 
 Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang
 selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan
 memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa
 ikan yang saya makan tadi.. 
 Saya sedih melihat ibu seperti itu... Hati saya tersentuh lalu dengan
 menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan
 cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." -
 PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA. 
  
 Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai
 dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara
 persekolahan saya,abang dan kakak. 
 Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur.. Saya
 melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya.
 Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya
 berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu
 tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." -
 PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA. 
 
  
 Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani
 saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari
 sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar
 menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya
 terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini
 dengan cemerlang. 
 Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera
 menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang
 dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih
 sayang ibu yang jauh lebih kental. 
 Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya
 itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan
 berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT. 
 
  
 Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa
 bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami
 sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan
 menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. 
 Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu.. Kehidupan keluarga kami semakin
 susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang
 pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk
 membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
 Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada
 seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami
 sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat
 mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan
 lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA. 
 
  
 Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua.
 Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak
 payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit.
 Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit
 sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. 
 Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang
 untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak
 mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu
 berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG
 KEENAM. 
 
  
 Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke
 peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai
 sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan
 cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai
 pengajian saya juga di luar negara.
 
 Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati
 penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas
 bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan
 penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan
 keceriaan dan keindahan pula.
 
 Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan
 anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di
 negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
 
 
  
 
 Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita
 ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang
 ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk
 menjenguk ibunda tercinta..
 
 Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani
 pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh
 kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana
 terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat
 melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga
 ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.
 
 Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu
 kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu
 pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu
 tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -
 PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
 
 
  
 
 Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan
 menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya
 sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga
 kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya
 mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya
 membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya
 sayangkan ibu...
(citer nie dihantar oleh member aku,melalui email..thank u beb...sedih bila aku bace......tetibe aku teringat kat mak aku..sht ke dia??mak,maya rindu n maya sayang sangat kat mak......makkkkkkkkkkkkkkk......)
 BONDA,i love you..
terima kasih atas segalanya....
BONDA,i love you..
terima kasih atas segalanya....
 BONDA,i love you..
terima kasih atas segalanya....
BONDA,i love you..
terima kasih atas segalanya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
 
 

 

 



jempol deh.......
ReplyDelete