– HANYA DI RUMAH – PART TIME – FULL TIME – TANPA PENGALAMAN – SELURUH MALAYSIA, BRUNEI DAN SINGAPURA – BERMULA SERTA MERTA – PENDAPATAN LUMAYAN SEHINGGA RM 3000 SEBULAN-
Kami menawarkan program penghasilan wang yang unik. Memperolehi RM 500 hingga RM 3000 sebulan apabila bekerja di rumah pada masa lapang. Sekiranya anda sedang tercari-cari sumber pendapatan tambahan untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat, maka haruslah anda meneliti tawaran ini!
Bagaimana program ini dijalankan?
Anda cuma perlu mengikut arahan mudah seperti yang ditentukan dalam program. Sampul surat, setem, nama dan alamat akan dibekalkan kepada anda. Anda cuma perlu isikan dengan bahan-bahan yang dibekalkan dan poskannya. Dengan program ini anda masih bebas untuk melakukan kerja-kerja harian anda kerana anda tidak terikat dengan mana-mana orang atasan. Anda pos surat, anda dapat imbuhan. . Kami membekalkan bahan-bahan yang diperlukan dan anda boleh bermula serta-merta. Arahan dan panduan kami amat jelas untuk difahami.
RAMAI YANG TELAH MENCUBA PROGRAM INI DAN BERJAYA. ANDA BILA LAGI? JANGAN BERLENGAH LAGI. MASA TIDAK MENUNGGU KITA. PENDAFTARAN CUMA RM35.00.
Untuk menyertai program ini, hantarkan nama penuh, alamat sebenar, no telefon dan no kad pengenalan anda pada kertas kosong beserta sampul surat bertulis alamat sendiri dengan melekatkan setem 30 sen pada sampul surat tersebut kepada kami untuk kami melihat kuota kekosongan agen di kawasan anda.
Sekiranya masih mempunyai kekosongan, kami akan memghantarkan borang pendaftaran dan borang bayaran kepada anda dan kembalikan kepada kami serta merta. Sampul surat dan arahan kerja akan sampai ke tempat anda dalam masa 10 hari sahaja dari tarikh anda mendaftar. Bertindaklah sekarang!!!
Dek kerana ekonomi keluarga tidak berapa nak best,teman teringin ler nak nolong cik abang ni ar..Bagai org ngantuk disorongkan bantal,tetiba aku terbaca iklan seperti tertera diatas tuh.Tanpa berfikir benda ni benar atau pun tipu.Aku pun bagi tau la cik abang..'bie cam best jer iklan nie..oney nak try leh ke'..Cik abang pun bace ler iklan nie..
Dgn harapan n dlm hati berkata"bagus jugak bini aku ni,ngah keadaan cam nie nak nolong aku"bleh ler try..Aku pun senyum sampai ketelinga..Leh wat duit pas nie...yahoooo....
Dengan harapan yg menggunung cik abang pun g la ke pejabat pos,buat seperti yg diminta kat iklan tuh..Hari demi hari aku dok menunggu khabar gembira dr pihak sana..Entah kenapa sebelum buat wang pos tuh aku x meng'google' cari maklumat pasal syarikat nie..Benda nak jadi kan...Sementara dok menunggu berita baik tuh,aku google la syarikat nie...Rupenya kencing punya kampeni...hampeh...aku telah ditipu rupenya...
Mungkin bukan aku jer..ramai lagi yg tertipu..mungkin berpuluh..beratus atau beribu...Bayangkan sorg rm35 kalau sehari 100 org la contohnya..Senang2 jer Hamlau nie kaut untung..Kenapa la tergamak buat org cam nie..haih...entah la...Kenapa masih ada lagi syarikat cam nie.X der yg buat laporan ke?Kenapa pihak2 tertentu x amek port pasal hamlau2 cam nie?
Bukan pasal rm35 tuh yg aku kesalkan,tapi kenapa senang2 jer nak tipu org cam tuh...Buat iklan kat media2 cetak tanpa rasa bersalah pun..eh...geram lak den ngan hamlau2 nie...
So moral of the story nya berfikirla dgn bijak n menilai sesuatu tuh dgn akal yg waras..Jgn ikut nafsu sangat..Jgn mudah terpedaya ngan janji2 manis ye.