Pages

Tuesday, August 2, 2011

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana masih menikmati ramadhan utk kali ini...Same2 la kita merebut peluang dalam bulan yg mulia ini..
1ramadhan telah berlalu.Alhamdulillah dapat dilalui dgn rasa syukur n penuh nikmat.Teman pun ajak ler anak dara teman yg berusia 5thn utk berpuasa.Dgn perasaan berkobar dia nak..Syukur dia telah berjaya utk hari pertama.Masa bangun sahur agak liat skit la nak kejutkan dia..Almaklum la x biasa lagi.. Balik skol semalam haru jugak sekejap.Dia mula merengek lapar..lapar..Selepas dipujuk dgn kata2 rangsangan...."kakak kalau kakak puasa nanti allah bagi pahala,puasa penuh kakak bleh beraya,kakak suka raya x??" dia pun jawab "suka..suka..."hehhehe....teman suh dia mandi,segarkan badan n suh dia tido..Setiap kali azan dia akan tanya,mama dah buleh buka ke??Syian dia...Azan maghrib la sayang oiii.....Bangun tido dia tanya pulak..mama bila nak maghrib nie.Nampak baby Rizq makan bubur,menangis dia..lucu tol...
Dah nama puasa memang la lapar.Kalau x di mula dari skang bila lagi?Tak kan nak tunggu dah jadi buluh,masa tuh buluh pun dah keras x leh nak di lentur..Betul x???sebab tuh la org kata melentur buluh biar dari rebungnya....Hope kakak dapat berpuasa penuh..
RAMADHAN
Ramadhan adalah bulan di mana al Quranul Kareem diturunkan dari Lauhul Mahfuz ke Baytul Izza. Ia adalah bulan di mana terdapat satu malam; Lailatul Qadar iaitu malam yang terbaik di antara seribu bulan pada yang menyaksikan keagunganNya. Dan ia juga bulan di mana Allah subhanahuwataala memerintahkan umat Islam berpuasa, mengikat syaitan-syaitan, mengunci pintu-pintu Neraka dan membuka seluas-luasnya pintu Syurga, membenarkan umat Islam meninggikan ketaatan dan kekuatan dari Tuhan mereka, Al Qawwy, Al Azeem.